Saturday, June 17, 2006

EMAK...

SITUASI 1

Mak : Tolong bagi ikan makan.
Ya. Seperti biasa dan memang menjadi tugas aku dalam rumah untuk memberi ikan makan. Mak sekarang sudah ada anak baru. 3 semuanya. Nama mereka? hmm... MERAH KECIK, MERAH BESAR dan FLAWER HON.

Merah & Flawer harus dipisahkan, kalau tidak nahas!

Biji2 merah yang menjadi makanan mereka ku tuang ntah berapa banyak.
"Jangan bagi banyak nanti mati!" Jeritan ayu bak suara Uji Rashid memeranjatkan aku...
Itulah emak yang yang dah jadi nenek...

SITUASI 2

Aku toleh belakang lepas menonton anak2 emak...
Abah pakai ketayap. aku memang dah agak abah nak... 1) pergi kenduri @ 2) pergi mesyuarat bacaan Yasin @ 3) pergi tengok orang mati.
AKU : pergi mana?
ABAH : ziarah kawan mak meninggal

Aku berjalan. Ternampak mak. Tanya lagi untuk kepastian.

AKU : pergi mana?
MAK : kawan mak, suaminya meninggal.
AKU (dalam hati) : dah janda kawan mak tu... (jahat kan?)
Itulah emak yang suka pergi ziarah...

SITUASI 3

MAK : ko nak berapa ringgit?
AKU : berapa ikhlas. (dalam hati nak je mintak 100)

Aku nampak mak mengusap kertas merah atas meja. Sedang aku berjalan, mak menahan.
Helaian merah 3 keping dihulurkan. Aku senyum.

MAK : keluar ke hari ni?
AKU : tak.saje je mintak.poket dah kering.
Itulah emak yang pemurah...dan sifat pemurahnya itu aku berjaya mengepau $30...

Sebelum mak berangkat...

MAK : tolong basuh akuarium.
AKU : hmm...
Aku renung tajam kandang anak2 mak yang dah naik hitam tu...

1 comments:

OP Zaharin said...

selambe je ko pau mak ko RM30 ek?
cukup ker tuh? hehehe

baru bukak blog? welkam to the blog world...