Sunday, August 12, 2007

MALAM YANG GEMILANG...

Semalam (11 Ogos 2007) telah diadakan malam Wiras Wasta katanya...buat kat DiDance PJ...senang cerita reunion team Wiras Wasta la...memang happening dan pening.hehehe...So, merasalah cerita kembali kenangan lama ketika Diploma dulu....

Ramai juga yang datang dan tak ramai yang tak datang.apa boleh buat masing - masing dah ada plan sendiri...Thankz untuk yang datang...

Aku sempatlah juga baca nukilan yang aku tulis di Starbucks Coffe petang sebelum ke majlis itu...

3 Tahun Bersama...Mana Kawan - Kawan Aku?

Semester 1 bermula cerita
Tiada pengalaman dan ilmu di dada
Dimarah, dimaki pensyarah terima saja
Shut Up!, Again! di kelas Sir Peter bergelak saja
Menjadi 'orang gila' di kelas En. Mazlan tidak kurang hebatnya
Nisan Condong Pengakhir semester
*
Semester 2 terus bersama
Ada juga yang entah ke mana
Peningnya di kelas En. Kipli tidak terkata
Belum dikira kelas Financial En. Azrul & kelas Teacher Sarasvathy yang migrain sentiasa
Konferensi bermula era pengurusan bersama
Teater P. Ramlee penutup semester
*
Semester 3 sudah matang semuanya
Banyak kenangan, panjang kalau nak cerita
IPK Ustazah Fairuzah banyak yang merayau ke mana
Kelas En. Syed sakit - sakit saja
Kelas topeng, visual art En. Fifi terkenang show masqurate katanya
Monolog En. Mazlan menangis sahaja
Adlin Aman Ramlie, En. Zack dalam konferensi Bollywood rating tertinggi katanya
Itulah kenangan terakhir di Stadium Shah Alam
*
Semester 4 di Puncak Perdana
Ingatkan luka kemalangan, kelas make up rupanya
Gergaji di tangan, paku di kaki, tukul di kepala, haru biru bengkel En. Zan dibuatnya
Percaya atau tidak 2 biji rumah siap juga
Bayangan EKA & Showcase terkenang di kepala
*
Semester 5 menjelma juga
Kecuali seorang, tiada Harry Porter
Cabaran pertama, pengurusan EKA juga
Batch pertama pelopor teater Noh di fakulti kita
Di sini bermula sejarah luka
E2E ditukar kepada Wiras Wasta
Subjek 3 jam kredit terus dilupa
Subjek 1 jam kredit sentiasa bersama
Sejarah manis di semester ini juga
Berkampung di bilik En. Hafshizan membuat model
Selamat berjuang untuk subjek praktikal
*
Semester 6 mencabar juga
Air mata mengalir sentiasa
Penilaian akhir semester 2 diambil kembali
Diploma Showcase berkonsepkan P. Ramlee dipilih juga
Sana demam, sini demam, sana menangis, sini menangis,
Sana marah, sini maki, sana herdik, sini caci,
Semua itu dijadikan sandaran, untuk terus maju ke depan
Tapi...ke mana kawan - kawan lepas ni?
Ohh...mereka ada di rumah tanam anggur, ada di KEKKWA, ada di Akademi Pengajian Bahasa, ada di Hotel, Ada di Fitness Center, ada di OM, ada di UM, ada di Production House, ada di HotCat, ada di Program Skrin dan masih ada di Program Teater.
Yang kena ada...kerja dan budaya dalam bidang seni sebegini besar penuh ranjau amat mencabar...

0 comments: