KELMARIN...
Kelmarin (2 hari lepas...Rabu...) aku berkesempatan bertemu dengan Izhar...Izhar adalah pemegang watak utama dalam projek akhir Diploma aku...Dia memegang watak sebagai RAM...
Aku berjumpa dengannya di pejabat yang katanya tempat dia bekerja sekarang...nak tau apa dia buat sekarang?
Dia buat bisnes Multi Level Marketing...
Aku jumpa Izhar hanya untuk aku memenuhi permintaannya yang mahukan aku mengetahui apakah bisnes yang dia lakukan dengan lebih mendalam...
Dikesempatan itu aku telah diperkenalkan dengan 'marketing plan' bisnes Izhar...
Setelah melihat sistem yang mereka gunapakai, barulah aku sedar bagaimana mereka boleh jadi kaya sekaya-kayanya...
Apa yang menarik untuk aku kongsi dengan korang semua ialah ucapan yang Izhar ucapkan pada aku...
Aku : 'Izhar, kau tak nak sambung belajar ke?' (aku berbisik perlahan kepada Izhar)
Izhar : 'Tak.Aku rasa bisnes ni dah boleh buat aku jadi kaya.'
Aku : 'Cuba kau bayangkan kalau satu hari nanti bisnes ni diharamkan. (bayangkan je...) Apa yang boleh membantu kau? Ilmu yang boleh membantu kau Izhar.'
Izhar : 'Tak mungkin bisnes ni diharamkan...'
Aku terkejut! Rasa nak lempang je dia!
Izhar yang selama ni aku kenal, yang menjadikan seorang aktivis teater terkenal En. Mazlan Tahir sebagai idolanya, yang beriya-iya ingin melanjutkan pelajaran untuk menampung hidup keluarganya sanggup mengatakan "TAK".
Dalam perjalanan pulang aku berfikir kembali. Tidak hairanlah ramai orang yang berpelajaran tinggi sanggup meninggalkan apa yang mereka ada selama ini demi mencapai tahap kewangan yang tinggi. Bayangkan seorang Prof. Madya boleh meninggalkan 'Prof. Madya' nya...seorang komposer sanggup meninggalkan 'komposer' nya demi merebut $$$...
Iskandar MEDEA...Shasha ALANG RENTAK SERIBU...Arwan BUDAK MUZIK pun join MLM...
Malam itu Izhar memujuk aku untuk menjadi 'bisnes partner'...Modal untuk memulakan bisnes ini adalah sebanyak RM2,500...Aku kabar kat Izhar...
'Dari aku leburkan RM2,500 kat bisnes tu baik aku laburkan pada bayaran yuran UiTM aku yang sebanyak RM500.00 SAHAJA...'
Aku tidak menyambung pelajaranku kerana keluargaku tidak mampu untuk menampung bayaran yuran UiTM...Aku tak memaksa keluargaku untuk meminjam pada orang lain, begitu juga aku...
Malam itu juga aku kabar kat Izhar yang aku tak mampu untuk mengeluarkan modal sebanyak itu...bagi aku ilmu lagi penting...
Izhar menafikannya!!!
Izhar cakap kalau kita dah ada degree kita tak akan ke mana...Last-last kita akan jadi kerani atau kita dapat kerja yang tak setimpal dengan apa yang kita belajar... FUCK YOU!!!
Izhar juga mengeluarkan sabda Nabi Junjungan besar Muhammad...9/10 dari kejayaan datangnya dari perniagaan...
Aku tergamam Izhar cakap macam itu...
Aku balas...Kalau ilmu tak berguna baik robohkan semua universiti, robohkan semua sekolah di Malaysia...tak perlu masuk sekolah dari darjah 1...suruh semua orang masuk MLM...
HHMMM...
Aku tak nafikan yang MLM boleh buat orang jadi kaya sekaya-kayanya...aku juga percaya yang MLM itu adalah halal...
TAPI KALAU ASYIK KEJAR MLM SAMPAI ILMU PUN BOLEH DIKETEPIKAN APA CERITA BROTHER??!!!!
Friday, January 04, 2008
Posted by situmas chicken at 4:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hurm....
itula klu dh disajikan dgn 'janji $$$'
Astaghfirullahalazim
seriau.
berderau.
sedeh....
ye ke dia cakap camtu..
hehe..nanti satu hari dia akan rasa bahawa ilmu tu lebih penting dari segala2nya..
aku mendidik masyarakat dengan teater..bukan glamor atau apa..klu masyarakat melihat teater adalah nothing, dia sendiri yang melabelkan itu semua..
firdaus, sambung la study jika berpeluang..insya-Allah rezeki tu ada di mana2..semua tu janji tuhan, cuma b/mana rezeki tu datang kita tak tahu..
Post a Comment