2ND DAY...
Hari ke-2 P. Ramlee The Musical (PRTM) tak banyak yang hebat dari segi jualan...
Semalam aku memulakan hari Khamis dengan langkah menuju ke Puncak Perdana tempat jin bertendang...
Tujuannya untuk setel kerja-kerja akhir JERJAK...
DAM!
Fakulti sekarang dah tak boleh bagi duit terus kat student...
Student yang buat projek kena bagi resit sebagai bukti...
Aduhai...
Takpe, janji dapat ongkosnya...
Kerja aku selesai dalam hari yang hampir petang...
Langkah aku terus menuju ke bangunan yang diiktiraf sebagai 'Seni Pentas Bertaraf Dunia'...
Dalam perjalanan aku teringat kata-kata Ketua Pengarah IB yang memberi alasan "AF dibawa masuk ke IB adalah untuk menarik golongan muda datang ke IB..."
SHIT! Itu alasan orang seni yang bangang...nampak sangat IB dah tak laku...
Itu tolak tepi...
Aku perlu selesaikan kerja-kerja kira stok barang-barang PRTM...
Sebenarnya agak susah untuk kira stok barang ni sebab jumlah keseluruhan cenderahati yang dijual adalah sebanyak 1,500 buah termasuklah buku, t-shirt, poster, cd, etc...
Hari-hari barang-barang short...
Alahai...
Kitorang yang kerja dengan Enfiniti ni agak hairan juga dengan jumlah penonton yang datang tengok PRTM season 2...
Kenapa?
Sebab tak ramai sangat audiens...
"Mungkin awal lagi kot..." kata Faliq.
Kerja kami hanyalah menjual cenderahati sebelum show start & lepas show habis...
Kiranya time show tengah jalan tu kitorang rilek la...
Sepanjang menunggu show nak habis, aku berharap sangat angan-angan aku nak buat teater kanak-kanak berhasil...
Audiens hari ke-2...

1 comments:
dauz...
bertandang....
bukan...
bertendng...
Post a Comment